Tuesday 9 January 2018

RAYUAN INFAQ MUSOLLA BAHAMAN

Tarikh: 9 Jan 2018
Dari meja Ayahanda Pengetua: En. Ridhuan Bin Mahussin

" Assalammualaikum & Salam Sejahtera warga Bahaman yang dikasihi sekalian;

RAYUAN INFAQ MUSOLLA BAHAMAN
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

⚘Sukacita dimaklumkan bahawa kita sedang membangunkan sebuah MUSOLLA di tapak kantin lama yang bertujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada guru-guru, staf, murid-murid, ibu bapa, para pelawat dan muslimin serta muslimat menunaikan ibadah terutama  solat asar ketika aktiviti kokurikulum dan mesyuarat, serta solat duha ketika waktu rehat. Jangkaan kos untuk siap sepenuhnya ialah RM5000.

🌱Sehubungan dengan itu kita mengalu-alukan sumbangan tunai dari warga Bahaman maupun pihak luar yang akan dimanfaatkan bagi tujuan tersebut. Sumbangan juga boleh berbentuk karpet 17 x 24 kaki persegi, sejadah, telekong dan kain pelikat. Sumbangan bolehlah diserahkan kepada PK HEM & Penyelaras Surau, Pn. Rozaini.

🌹Sedapat mungkin kita cuba agar Musolla ini dapat digunakan mulai 1 Februari 2018.

💐Sekian Harap maklum dan sampai menyampai.



Minggu ini...
Kredit to Mr Jiden atas komitmen tenaga..
Memandangkan minggu depan sudah bermula aktiviti sukan petang, maka musolla kita ini akan cuba beroperasi dengan kemampuan yang ada dahulu.. selebihnya akan ditambahbaik dari masa ke masa bergantung kepada kedudukan kewangan semasa.

C Riduan Temerlo: Kita juga mendapat bantuan dr pihak ibubapa apabila seorang pensyarah UiTM Raub yg anaknya di Tingkatan 1 berusaha membuat tabung kutipan yg sedang beredar di kampus tersebut.

No comments:

Post a Comment