Tuesday 9 January 2018

Mesyuarat Agung Rumah Sukan


RUMAH BIRU (PANGLIMA BESAR ABDUL MAJID)


Depan dari kiri: Cikgu Ibrahim, Ust. Zul kifli, Cikgu Mohan, Cikgu Khaizir, 
Muhammad Najhan (Bendahari L), Muhammad Haiqal Bin Muhammad Hanafi (Pengerusi), Nur Fahanis Bt. Mohamed Fayli (Naib Pengerusi), Ainul Salsabila (SU), Nur Azyan Syamimi Bt. Manzan (Pen. SU), Norasyikin (Bendahari P), Nurul Syazlin Bt. Shuhaimi (AJK Ting 5).

Tengah dari kiri: Nurhana Nadia Bt. Makmur (AJK Ting 1), Vishalani A/P Annathurai (AJK Ting 3), Mas Anisah A/P Yadi (AJK Ting 2), Cikgu Ng Li Kirm, Cikgu Noraziah Ahmad, Cikgu Syahnaz Shahabudin, Cikgu Norini Yusof, Cikgu Wan Noor Fazliyatul Wahida Bt Abd Jalil, Cikgu Noriah Ariffin, Cikgu Nur Yasmin Mohd Nor Kamal, Ustzh Norhayati Sulaiman, Cikgu Maziah Adnan, Nurul Fadzilah Ilyani Bt Azlan (AJK Ting 4).

Belakang dari kiri: Mohd Nur Syafiq (AJK Ting 1), Fikri Farhan Bin Zainal (AJK Ting 2), Aiman Najmi Bin Ibrahim (AJK Ting 3), Muhammad Adib Fakhri Bin Bustani (AJK Ting 4), dan Shahrul Akmal Bin Khain (AJK Ting 5).

RAYUAN INFAQ MUSOLLA BAHAMAN

Tarikh: 9 Jan 2018
Dari meja Ayahanda Pengetua: En. Ridhuan Bin Mahussin

" Assalammualaikum & Salam Sejahtera warga Bahaman yang dikasihi sekalian;

RAYUAN INFAQ MUSOLLA BAHAMAN
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

⚘Sukacita dimaklumkan bahawa kita sedang membangunkan sebuah MUSOLLA di tapak kantin lama yang bertujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada guru-guru, staf, murid-murid, ibu bapa, para pelawat dan muslimin serta muslimat menunaikan ibadah terutama  solat asar ketika aktiviti kokurikulum dan mesyuarat, serta solat duha ketika waktu rehat. Jangkaan kos untuk siap sepenuhnya ialah RM5000.

🌱Sehubungan dengan itu kita mengalu-alukan sumbangan tunai dari warga Bahaman maupun pihak luar yang akan dimanfaatkan bagi tujuan tersebut. Sumbangan juga boleh berbentuk karpet 17 x 24 kaki persegi, sejadah, telekong dan kain pelikat. Sumbangan bolehlah diserahkan kepada PK HEM & Penyelaras Surau, Pn. Rozaini.

🌹Sedapat mungkin kita cuba agar Musolla ini dapat digunakan mulai 1 Februari 2018.

💐Sekian Harap maklum dan sampai menyampai.



Minggu ini...
Kredit to Mr Jiden atas komitmen tenaga..
Memandangkan minggu depan sudah bermula aktiviti sukan petang, maka musolla kita ini akan cuba beroperasi dengan kemampuan yang ada dahulu.. selebihnya akan ditambahbaik dari masa ke masa bergantung kepada kedudukan kewangan semasa.

C Riduan Temerlo: Kita juga mendapat bantuan dr pihak ibubapa apabila seorang pensyarah UiTM Raub yg anaknya di Tingkatan 1 berusaha membuat tabung kutipan yg sedang beredar di kampus tersebut.

Pelajar Cemerlang PT3 2017

PELAJAR CEMERLANG PT3 2017
(6A dan ke atas)




PELAJAR CEMERLANG PT3 2017
(5A)



Tuesday 2 January 2018

Orientasi Tingkatan 4

Tarikh: 3 Januari 2018
Hari: Rabu
Tempat: Makmal Komputer 1

Masa: 8.30 - 9.30 : Mesra Bersama GPK HEM (Hal Ehwal Murid), Pn. Hjh. Zurina Bt. Zainal Abidin



Masa: 9.30 - 10.30: Mesra Bersama GPK Koko, Encik Sahizam bin Johar





Masa: 10.30 - 11.00: Taklimat MP Sains Rumah Tangga oleh Cikgu Maziah Adnan



PENUTUPAN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4
Tarikh: 5 Jan 2018
Tempat:Makmal Komputer 2

Slot Bersama Ayahanda Pengetua, En. Ridhuan Bin Mahussin
Masa: 8.30 pg - 9.30 pg





Pelajar Ting 4 tidak melepaskan bergambar beramai-ramai bersama Ayahanda Pengetua dan guru-guru......













Pendaftaran Pelajar Baru Ting 1

Tarikh: 2 Januari 2018
Hari: Selasa



















Trend Perubahan Dalam Pendidikan dan Pemikiran Sekarang

Ada anak Tahun 6 tahun depan? Ini yang kalian perlu tahu.

Kecoh juga hari ini bila agak ramai calon UPSR 2017 yang mendapat 6A tetapi tidak berjaya masuk SBP. Yang lebih pelik, calon yang hanya dapat 2A berjaya pula. Malah, ada murid cuma mendapat 1A, tapi diterima masuk ke sekolah kawalan.

Jangan pelik tuan puan. Kerajaan dah mula melaksanakan fasa kedua tranformasi pendidikan. Murid tidak lagi dinilai berdasarkan kepintaran IQ semata-mata. Tetapi murid dinilai menyeluruh. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitik beratkan semua aspek termasuk Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani.

Rata-rata murid yang gagal ke SBP hanya bijak di atas kertas sahaja, tetapi kurang melibatkan diri dalam sukan. Murid lain walau hanya dapat 2A dan 3A, tetapi aktif bersukan hingga mewakili daerah dan negeri. Ini punca utama murid yang mendapat 2A dan 3A diterima masuk ke SBP.

Jom kita sambung tentang sekolah kawalan. Apa itu sekolah kawalan?

Sekolah kawalan ada 6 jenis semuanya. Antaranya ialah Kelas Rancangan Khas (KRK) yang diwujudkan untuk menampung pelajar cemerlang yang tidak dapat masuk ke SBP dan MRSM disebabkan tiada lagi kekosongan.

Dulunya, hanya murid yang mendapat keputusan cemerlang, 5A dan 6A sahaja diterima masuk ke KRK. Namun bermula tahun ini tidak lagi. Murid yang aktif bersukan, banyak mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam pantun, sajak, sukan dan sebagai juga layak walau keputusan UPSR mereka hanya 1A sahaja.

Nampak gayanya, kerajaan kita serius melaksanakan program tranformasi pendidikan yang digubal. Bukan sekadar omong kosong, bukan sekadar atas kertas sahaja. Jadi kita jangan ketinggalan dan kena tahu hal semasa seperti ini.

Syarat utama untuk mohon ke SBP dan MRSM hari ini tidak lagi bergantung pada bilangan A yang banyak.

Keaktifan dalam bidang kokurikulum telah menjadi salah satu kriteria utama dalam pemilihan pelajar SBP.

Pendek kata, selain suruh anak-anak belajar, ajak juga mereka bersenam dan bersukan. Jangan hanya menjadi ulat buku, sebaliknya kena aktif juga dalam program sekolah yang lain. Baru peluang ke SBP dan MRSM lebih cerah.

Jadi ibu bapa sekalian. Sila ambil berat tentang aspek-aspek yang dinilai ini.

Kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi yang bijak otaknya, bahkan kecergasan dan kemahiran lain juga dititik beratkan.

Pada aku, ini satu perkembangan yang bagus dalam dunia pendidikan.

#MFS
#MohdFadliSalleh

Mengecat Koperasi

Tarikh: 31 Desember 2017
Hari: Ahad
Pelajar membantu guru mengecat bangunan koperasi yang telah usang







Photo by:
Cikgu Sikin